Isnin, 17 Disember 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam perkenalan buat semua.
Selamat Datang ke blog saya My Colorfull Garage- sebuah blog yang menjual pelbagai produk fesyen seperti tudung dan pakaian muslimah yang terkini di pasaran... Terutamanya bagi mereka yang rajin mencari kelainan dalam dunia fesyen muslimah...
Saya berasal dari Tanah Borneo yang bersempadan dengan Negara Brunei Darussalam, di sebuah bandar kecil di pedalaman yang dinamakan Limbang, dan telah lama merantau, malah sejak bersekolah di Sekolah Menengah lagi, saya telah menjadi anak dagang di Semenanjung Msia, sehinggalah ke USM, sehingga berkahwin dan sampailah kini... Kesimpulannya I LOVE FASHION and I LOVE TO TRAVEL. Banyak keseronokan dan kebaikan yang telah saya temui sepanjang 'penjelajahan' ini, termasuklah produk-produk fesyen yang terbaik di pasaran...
Saya peminat tudung dan juga pakaian.
Saya suka window shopping dan suka mengumpul koleksi sendiri.
Inilah antara beberapa produk terbaik yang pernah saya temui.
Justeru itu, saya mewujudkan blog ini supaya saya boleh berkongsi produk-produk tersebut, selain memudahkan pencarian anda yang mungkin masih tercari-cari tudung atau pakaian yang diidamkan selama ini.
Fesyen dan gaya adalah milik kita, orang lain hanya boleh melihat dan mengkritik, tetapi kuasa di tangan kita. Bersyukur kerana dunia fesyen hari ini bersifat langit terbuka, asalkan tidak keterlaluan, apa salahnya, kerana sesungguhnya pakaian itu adalah cara hidup dan maruah kita.
So, hope you'll enjoy this blog. Minta maaf ya, untuk yang ingin jamu mata teruskan, tetapi urusan jual beli hanya untuk pembeli yang serius sahaja. Yang main-main tidak dilayan.
Akhir kata, Salam Perkenalan dan Selamat Menjamu Mata.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke ' My Colorfull Garage dan harap bertemu lagi. ADIOS.

Salam hormat,
CT